Tuesday 2 August 2016

Pengalaman ke Zagreb, Croatia Part 2

18 MAY 2016 (ZAGREB, CROATIA)

Tengahari 18 May,  kami dah ke train station untuk ambil kereta sewa, sebab conference kami adalah pada pukul 5 petang jadi alang2 ambil kereta awal untuk menziarahi masjib zagreb dan solat zohor disana. Kami menyewa kereta dengan Oryx Rent a car di bandar zagreb dan plan nya untuk pulang kereta di Split Airport. Sebab kami dah buat research lama, so decide nak ambil dengan Oryx sebab review kata sangat bagus. And memang bagus pun, kereta pun in good condition. 

Masjid Zagreb, Croatia.

Perkarangan Masjid Zagreb.

Di dalam Masjid

Cafe di luar Masjid Zagreb.

Selepas solat, kami ke cafe di sebelah Masjid untuk minum minum sementara menunggu waktu conference di University Zagreb. 


Didepan Fakulti Ekonomi University Zagreb.




First day of conference, seriously next time kena bawak baju elok sikit. Duhh sangat selebet lah ayie T.T

xoxo


Wednesday 27 July 2016

Pengalaman ke Ljubljana, Slovenia 2016

17 MAY 2016 (LJUBLJANA, SLOVENIA)

Kami bertolak menaiki train dari Zagreb Train Station yang dijadualkan bertolak pada 6.50 pagi. Kami berjalan kaki dari Apartment yang mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke train station. Untuk harga tiket, tak berapa nak ingat. Tapi yang pasti kami dapat harga murah untuk 6 orang, lebih kurang 60 kuna seorang. (again, tak pasti). Perjalanan ke Ljubljana mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Pemandangan cantik, tapi lama sangat so ade laa tido kejap. 

Gambar dari dalam train menuju Ljubljana.

Dari depan train Station di Ljubljana. 

After dah sampai dalam pukul 9.30 pagi, Alhamdulillah cuaca okey. tak panas dan tak sejuk. Nak ke city centre just jalan kaki around 10 minutes je. 

Lintas jalan untuk ke tengah bandar Ljubljana.

Makan nasi goreng dulu, yums.

Kat tengah2 square tu lebih kurang pavilion kita kat KL. Actually bandar Ljubljana nie kecil je, boleh sangat laa spend a day. Tak perlu lama lama pun sebab mostly orang banyak ambil bas ke Greece dan tempat2 lain yang dekat. Its more like a transit city, sama macam Zagreb.

The square I was talking about above. 

Masa kami datang, ada morning market dekat sana, kami saja jalan2 tengok perbandingan harga dekat pasar zagreb dan pasar di Ljubljana. 


Masa nie ade angan2 lagi nak beli ke apa, sebab masa tu tak tau tragedi yang bakal menimpa T.T


Terjumpa dengan this charming lady, and she's from Bosnia.

Masing masing excited cerita yang kami pun nak ke bosnia lagi beberapa hari. So kami pun beli lah cherry sebab cik mas memang suka makan cherry. Bape kilo cherry tah agaknya makan masa dekat sana :)


Siap jumpa love lock bridge lagi haha



Gambar terakhir before purse kena pick pocketed sobs

So after keluar kedai LUSH nie, kami pun terus untuk naik funnel ke Castle di atas bukit. Nak dijadikan cerita, kami singgah satu kedai souvenir nie. Masa tu aku ternampak satu button badge Slovenia 1 Euro. (haish satu Euro punya pasal, hilang 600 Euro aku). Aku check purse, semua duit besar. Masa tu aku duduk tengok dalam purse dekat dengan kaunter, cmas pulak tengah bayar. Masa kejadian tu ade lagi dua orang "tourist" dalam kedai tu. Lepas cmas bayar, aku pusingkan beg, zip dah terbukak. Rasa jantung berhenti kejap masa tu, aku toleh tengok dlm kedai tourist tu dah takde. 

Memang takde rezeki, macam mana ayie tahan? Allah je tahu weh sebak dia mcm mana. Sebab kau usaha kot kumpul duit tiap tiap bulan before pergi mesti tukar duit sikit sikit dekat money changer. Tapi tu tak patahkan semangat aku untuk travel lagi, cuma maybe lepas nie aku akan EXTRA berjaga jaga. 

Lepas kena tu straight pergi balai polis untuk buat report polis, tapi aku setitik pun air mata tak jatuh, gila kentang tahan jee. Nasib baik memang beli travel insurans (AXA Travel Insurance) so dapat la cover sikit duit (Maximum RM800 for personal money) dengan syarat kau pergi buat report polis dalam hari yang sama. 

Lepas report polis, semua macam tak tau nak buat apa. Sebab yelaa baru lepas tragedi kot, tapi aku kuatkan semangat laa ajak diorg semua proceed plan asal untuk pergi castle, siap senyum lagi. Aku rasa kalau org lain kena, mau menangis meraung. Tapi aku fikir untuk redha je masa tu, dah sampai jauh2 takkan nak spoil kan mood kau kan. Tak tentu lagi aku dapat datang situ lagi. Tu je aku fikir masa tu.

Masa naik funicular ke Castle.

Tapi nama nya manusia, ade jugak rasa nak sentap sentap tu. Tapi sebab aku paling muda, and I don't want to be rude, ada masa aku jalan sorang sorang. So that nobody will know aku tengah moody. 

View atas Castle, boleh tahan tinggi jugak.

See, gigih tau paksa senyum. haha sebab aku fikir tak mungkin laa aku nak panjat lagi tangga castle yang tinggi nak mampus nie. so masa tu aku paksa je selfie. lantak laa pasal duit tu.

Mendung, tapi tak hujan. macam aku haha

Inside the castle.

Macam2 laa dapat masuk lepas bayar entrance fee tu. Siap ade short movie lagi untuk tunjuk pembikinan Castle tu masa dulu dulu.

Paksa senyum lagi.

dekat luar castle.

otw ke train station balik, sebab kami nak catch up train seterusnya at 5.30 macam tu.

Siapa kata ayie tak kuat? haha aku sanggup tau .

Masa nie lintas dekat sini sebab nak tanya balai polis dekat mana hahaha seeee. 

Overall Ljubbljana is a very nice city for sightseeing. Cantik, and aku suka. InsyaAllah tak serik lagi nak datang. Cuma kali nie maybe aku selit duit dalam baju ehh haha till then. 

xoxo

Monday 11 July 2016

Pengalaman ke Zagreb, Croatia Part 1

16 MAY 2016 (ZAGREB, CROATIA)

Kami sampai di Zagreb Airport pada 15 May 2016 7.15 malam. Predict weather tak sejuk mana sebab dah spring, sekali jejak je airport sejuk gila. Kitorang stay dekat Downtown Zagreb Apartment , seriously selesa and cantik gila apartment dia. Worth it kalau nak kongsi backpacking dengan member2 pun sangat selesa. Apartment dia ada banyak, kitorang ambil dua apartment so dapat yang Two Bedroom Apartment (Dorđićeva Street 22 dengan di (Berislavićeva Street 3). 


Ni apartment yang di Berislavićeva Street 3.

Macam biasa kalau ade dapur, masak lah. Lagi2 orang melayu, mesti lah kena nasi. Hari2 dekat Zagreb nie pagi je mesti ke pasar.



Women and fridge magnet, what else...





Dolac Market in Zagreb.



Souvenirs shops di Pasar Zagreb.


Untuk souvenirs, mahal sikit laa. Satu keychain boleh mencecah harga sampai RM12-RM20. Fridge magnet lagi mahal. So kitorang beli untuk family dan diri sendiri la. For friends banyak yang kami beli di Istanbul.



Lauk lunch, after lunch jalan jalan lagi .


One of Zagreb's landmark.


Berhadapan Train Station Zagreb yang akan kami naiki untuk ke Ljubljana, Slovenia.


The church in Zagreb.


View from atas bukit after Dolac Market. 

Zagreb town is quite boring, sebab dia transit city. So I'm looking forward to visit Slovenia the next day, without knowing that I'll lose my purse there. Haih dah redha dahh, but still terkilan tak dapat nak guna duit yang kita dah simpan beriya iya before trip nie. 

Until then,
xoxo.

Saturday 25 June 2016

Pengalaman ke Istanbul, Turkey 2016 Part 1

Masa mula mula dapat ticket (dari bos) rasa macam kosong je sebab trip nie tiba tiba sangat dan tak dirancang pun. Trip ni adalah untuk menghadiri conference di Croatia, jadi mula mula macam nak tak nak je ikut yelaa sebab student praktikal lagi mana lah ade duit sangat . Tapi mama papa pun nasihat cakap ade benefit ikut , boleh masuk dalam cv la and so on, so aku decide nak ikut. 

Trip kami adalah selama 16 hari bermula dari 13 May sehingga 29 May 2016. So trip nie akan melawati 4 buah negara sepanjang 16 hari trip . Sis bawak duit banyak jugak la untuk perbelanjaan sepanjang trip tu (walaupun tak dapat guna sbb kena pickpocket dekat slovenia - nanti cerita dekat post lain). 

13 May 2016. 

Flight at 2am , so pukul 9 dah gerak pergi airport. berkumpul dekat kl sentral and naik bas je sebab boleh rileks2 lagi flight lambat. Dalam 50 minit je dah sampai airport, beg pun dah boleh check in so lepas tu lepak makan, walaupun dalam flight nanti makan lagi :)


Flight dengan Qatar Airlines untuk ke Istanbul memang akan singgah di Doha, Qatar. Untuk trip KL-ISTANBUL nie kami transit selama 5 jam jadi sampai tu boleh solat subuh dan breakfast. Masa dekat doha baru terasa excited tu datang haha padahal dah 7 jam dalam flight tadi tak ada feeling pun. Flight seterusnya pukul 0100 pagi so kami boleh take time solat dengan tenang. 


Selfie kejap dengan bos aka mak cik sendiri, kagum kejap dengan airport di Qatar sebab sangat canggih, di mana mana ada port charger, port untuk suft internet tak payah cakaplah ( semua pakai Apple - Mac, Ipad) , tiba tiba terkenangkan airport kita, hurmm cantik jugaa cuma facilities tu macam takde sangat. 



Since kitorang bawak Euro dengan a few hundreds Lira (Turkey) , jadi beli lah burger pakai Euro. Man, that was expensive I nearly licked the wrapping paper too. Satu set burger around RM35, itu pun kira murah berbanding kau beli sandwich dengan air mineral. So tips aku kalau korang transit di Qatar, beli jela satu set burger tu at least kenyang berbanding beli sandwich or salad mcm tu. 


Business seat Qatar Airlines, which aku tak duduk pun sebab I'm sitting on the Economy Seat dekat belakang, frankly speaking takde lah besar mana pun Business seat nya compared to Etihad or other airlines. 


Yeay we have arrived at Sabiha Gokcen Airport , wehaaa now I can feel the excitement haha. Cuaca in May okey okey je in the Morning and Afternoon , but its quite chilly in the Evening. Boleh bawak light coat je tak payah pakai tebal2. Boleh terus ambil Airport Transfer depan airport untuk ke Taksim, and lepas tu ambil teksi ke Hotel. Tambang is 14 Lira per person, murah tu berbanding naik teksi. Jaga jaga kat sana diorang suka ketuk, buat garang je mintak balik duit. 

Kami sampai je di Taksim, terus ambil teksi untuk ke Old City Viva Hotel, which I tell you its so affordable sebab dekat Sirkeci Tram Station, its in the center of the city, nak pergi Spice Bazaar, Grand Bazaar, Blue Mosque, Hagia Sofia semua in walking distance je. Okey laa selesa, plus korang pun bukannya nak lepak hotel kan, kalau untuk tidur tu memang okey sangat. Nak dijadikan cerita bila sampai je dekat Taksim, kami ambil teksi yang pakai meter, I tell you what, jangan. There's something wrong with their meter, laju macam air wehhhhhh. Better you ask for fix prices which is untuk kitorang is 50Lira masa tanya, but dah naik teksi meter tu jadi 69Lira, Bila bagi 100 Lira dia just pulangkan 10 Lira , wehh dia ketuk baik punya, masa tu cmas marah2 then dia pulangkan lagi 20 Lira. hamek kauuu


Hagia Sophia

Flight kitorang sampai pukul 3petang, sampai hotel at 5 in the evening mcm tu, after solat jamak kitorg keluar jalan jalan, alhamdulillah cuaca elok sangat, just a bit chilly. Cuma nya cuaca agak gelap sebab dah nak malam, nak bergambar pun tak berapa cantik. 

In front of the Blue Mosque. 

Blue Mosque, Istanbul.

Blue Mosque, Istanbul.

Malam tu kitorang makan dekat dengan Blue Mosque, almost semua makanan diorang ade terung. Mula mula sampai tu memang rasa sedap gila lah, tapi dah 3-4 hari memang muak. Kebetulan bawak cili sos pun sikit je, memang termenung jela tengok lauk dia terung hari hari haha. 

14 May 2016

On the 14th tu kitorang decide nak pergi spice bazaar, grand bazaar dan Yeni Cami (New Mosque) besebelahan Spice Bazaar. Seriously semua tempat yang kitorg pergi is walking distance, so siapa yang nak pergi tu better la cari yang dekat Sirkeci Train Station. Mudah sebab nak pergi mana mana dekat. Kitorg beli souvenirs semua masa dah nak balik nanti, sbb tak nak beg berat nak fly to Zagreb, Croatia. Nanti sis story pasal souvenirs murah2 dekat Istanbul in other post.

Yeni Cami , Bersebelahan Spice Baazar. 

Inside Spice Bazaar.

Soaps in Spice Bazaar.


Kalau kita masuk spice shops, memang diorg akan jamah dengan Pomogranate Tea or Apple Tea. So far Pomogranate Tea is the best,masam masam manis. Sampai 5 cawan dia bagi free. Kalau nuts tu tak payah cerita la, memang kenyang makan :)

Masa tunggu nak beli nuts, makan makan haha

Grand Baazar, the largest covered baazar in the world. 



Inside Yeni Cami.

In Gulhane Park, Ingat nak tengok tulips, tulips habis dah .

Outside Spice Bazaar.

Around 7pm kitorang pergi Hodjapasha Cultural Center berdekatan dengan Sirkeci, again walking distance je dari hotel but we all beli tiket siang, utk make sure ade seat masa performance. Since kitorang plan nak tengok Whirling Dervishes, ticket adalah 70 lira per person. Kena laa tengok, Untuk kita yang beragama Islam, we'll find it very interesting sebab kita faham zikir2 yang diorang nyanyi. But other foreigners ramai je tidur .





Oh btw, tak boleh ambil gambar pun masa dia tengah perform, lagi laa nak tepuk tangan after performance. 



Depan Sirkeci Train Station, on the way balik hotel. 



~ayie itu aku juga~