Sunday 27 November 2011

Tasik Galilee makin kering.maka akan turun Nabi Isa.Allahu Akbar!

aku rasa macam nak penuh kan blog nie dengan benda2 yang informative instead of my life story.:)
aku jumpa artikel ni :
di sini : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=98049

Assalamualaikum semua para hadirin sekelian...
salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee,
sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya...



Nama lain bagi tasik ini ialah:

- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini,
memberitahu saya dan anda semua,
bahawa...
bila keringnya tasik ini,
maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa,
itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini,
sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar...
Carilah hadis sahih ini sampai dapat,
dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,
di ketika anda tahu itu,
anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat,
menjadi kerisauan saya sekarang ialah,
tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan 9 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpun ku...
anda semua harus beringat,
bila tasik ini kering,
maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi,
membantu imam mahdi,
memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi...

dan aku ingatkan lagi,
hadis ini amatlah sahih,
sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini,
dengan kata lain,
mereka tahu tapi mereka kekurangan berani,
kerana hakikat itu jelas,
tasik galilee sedang kering dengan lajunya,
dan mengikut kajian sains,
tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya,
dan ketika itulah Nabi Isa turun...



..::kedudukan Tasik Galilee::..

dan anda semua kena faham,
sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus),
sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun,
ASBAB itu mestilah terjadi,
ini bermakna wahai tuan2...

Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:

- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,
samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyelamatkan ramai traders dan ramai dari mereka dapat kaut untung yang banyak dan dapat langsaikan hutang dunia sebelum saat itu tiba...

Ingatla saudara2 ku...

Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja,
dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama,
mereka ber-3 adalah manusia belaka,
2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,
sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat memimpin dunia.

Ketahuilah mereka ber-3 ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan2...
sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini),
percayalah,
dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,
semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar,
pasti 100% muncul di zaman anda,
samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul,
atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu,
ketahuilah,
tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini,
dan 9 tahun sudah pun berlalu,
ada baki lagi 41 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,
dan anda harus ingat...!!!



Sekali lagi saya anda ingatkan,
bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),
2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),
iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),
dan...
(teori 2 gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012),
dan sekiranya teori ini benar2 berlaku, 
maka sahlah dan lengkaplah semua tanda2 kecil,
dan kehadiran tanda2 besar pasti berlaku tanpa berlaku.

KAJIAN SAINS:
Setelah saya membuat kajian...
sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,
gelombang2 pancaran akan keluar,
dan menjahanamkan semua sistem2 dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api,
dan ini bermakna,
semua apa sahaja jentera langit dan bumi,
asalkan yang mempunyai saluran elektrik,
akan dengan sendirinya tidak berfungsi,
satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, henfon, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi,
dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.

Ini pesanan saya lagi...
=tiada 1 hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat2 yang selain pernah nabi sendiri pakai=

sekiranya kajian saya di atas,
maka sahla,
apa sahaja teknologi moden hari ini,
persenjataan tercanggih,
akan menjadi tidak aktif dan collapse...
maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku,
adalah 1 kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,
manusia akan kembali kepada fitrah semula,
dan mana2 manusia yang tinggal di bandar,
adalah manusia yang paling rugi di kala itu,
kerana...
bandar yang duduki itu sedang tenggelam,
kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim,
seperti banyak yang ada di tanah Melayu...


saya  pesan gunakan duit  untuk:

-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di pedalaman
-menguasai sungai2 dan pinggiran gunung
-membeli kuda 1 orang 2 ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH
-dan kembali mengajar anak2 kamu semua berenang

Ketahuilah,
kita ada tak sampai 41 tahun aje lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya,
kita ada hanya purata 41 tahun aje lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini,
dan anda kena faham lagi sekali,
sebelum Nabi Isa itu turun,
sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita,
dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,
dan sudah semestinya lah akibat perang itu,
dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita,
menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar,
ya kawan2...
dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa,
dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,
sekali lagi saya ingatkan,
anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,
bila 1 tanda besar keluar,
maka lengkaplah semua tanda2 kecil,
bila 1 tanda besar keluar,
akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2...

Dan ingatlah wahai Muslimin,

doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,
dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,
dari susurgalur Nabi Muhammad lah,
akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"),
yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,
percayalah,
di dalam darahnya ada kombinasi
 DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,

kerana mereka berdua dari keturunan yang sama,
sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,
carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran)
dan kerana itulah,
Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,
akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,
langsaikan hutang secepat mungkin,
tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,
kumpulkan kain2 yang tahan lama,
ternak dan gembala kambing,
ajar anak anak menunggang kuda,
simpan cermin mata anda sebaik mungkin,
banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,
banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,
latihkan anak2 Melayu kita dengan kemahiran memanah,
banyakkan berenang di waktu petang,
minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh,
kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari)

Kalau perlu,
sila sebar2kan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.

================================================== ===============
bersambung...

Carilah Hadis SAHIH tentang tasik ini sampai dapat,
saya sudahpun sediakan pancingnya,
tinggal anda mendapatkan ikannya...
kemudian, ramai2lah bincang di sini,
sebelum elektrik takde di kemudian hari.
PESANAN:
cetak artikel ini dan hantar ke JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI,
sekiranya anda tak percaya tentang hadis ini,
buktikanlah saya salah,
saya sedia menerima teguran.


~ayie itu aku juga~

Tuesday 15 November 2011

18.11.11 -welcome back to campus-

lagi 2 hari dah nak balik.byk kne prepare.supposed to be cadangnya kne stay kat KB sehari sebab daftar kolej paling awal is on the 19th.Allah..dah sedia ke aku ni nak jejak second sem?

kembali study and kembali nak fight for it.i wont take things for granted.and azam baru is to get 4 flatt in every semester after this.InsyaAllah..sebab i know that kite kne keep on going and buktinya my first semester result is a success after all..:)

and semalam jgak aku dah ready ngan timetable untuk revision.kne start awal la npknye kalau result pun nak cemerlang.kne la korban comfort , kurang kan tidur.aiyoo

come ayie! 

go forward!
~ayie itu aku juga~

Friday 4 November 2011

..::My Examination Result First Semester::..


yeah~thanks for everything..alhamdulillah..dapat jugak Dekan walau pun takde la gempak gile kann..:)

whatever it is : aku berjaya capai apa yang aku nak.

and the most important thing : aku tak lawan ngan sesape..:)





In everyone’s life, at some time, our inner fire goes out. It is then burst into flame by an encounter with another human being. We should all be thankful for those people who rekindle the inner spirit.
 




remember : 







love: :)

~ayie itu aku juga~

Saturday 29 October 2011

she's my bestfriend..yeah..why?bothering you?like i care~


She is different that why i love her so much.

 Yes, she is my bestfriend


argghh..can i find someone like you?that doesn't bother to mess up with my mood everyday?

subhanallah..susahnye nak cari satu..

KAU! (bukan kau tau mar..)

susah sgt ke nak cakap?aku dah tanye dari hari tuh..berjanggut tunggu la der..
tau kan aku mmg desperate nak kerja..kalau kau ade prob cakap jela awal awal.
.tak payah pusing2 pening kepala aku tunggu..
sakit hati tau tak dapat tau sendiri..
Allah..
sabar jela aku..

I fear getting close to people because I think they will 

just eventually 

walk out of my life no matter how close we were.

thats why i don't make friends once i have one..

sorry..but my theory is proven..

bye!

~ayie itu aku juga~

Friday 28 October 2011

My Ruined Plans

I hate when I've made my plans then something's suddenly comes and ruins everything.hmmm..

hailoh hailoh..

actually i'm planning to take my cousins k.cik and meme to watch :


but something came up and messed my plans..duhh..

but i'm not losing anything cause i've already watch it once last week..:)

so i'm stuck again..doing nothing at home..and luckily i'm staying at my grandmothers house which mean a 24 hours connected to the internet..but seriously it's not fun except for game..hah!

We live in the "WTF" generation.

 [W]ikipedia [T]witter [F]acebook

and speaking of facebook :

haha

That awkward moment when two people start a conversation on YOUR facebook status.

and you're just watching.

lastly :

Pray not only because you need something.

 But because you have a lot to be thankful for.

~ayie itu aku juga~

Monday 24 October 2011

where am i heading to?

sesuai la dengan tajuk tu..hari tu borak borak dengan cik mas..soklan cepu emas betul :

"awak nak buat ape lepas diploma?"

haha..dah kena fikir dah ea?hehe..sebab rasa macam lama lagi je?tak pun..tgk?dah habis satu sem..ni dah nak masuk chapter baru a few more days..and hopefully perangai pun jd better and better..:)

borak borak hari tu aku jumpe one or two point yang aku pick up from the conversation yang boleh jadi guidance in my life..haa

first point:
never ever give up..sebab cik mas kata masa dekat US dulu pun tension jugak..lagi la sekarang..walaupun belajar kat ceruk kelantan nu ha..tapi competition tetap ade..tak kira la kat mana2 pun i've never look down on my opponent..sebab setiap orang tu ade dye punya kelebihan and kelemahan..maybe she can be damn irritating tapi dye boleh jugak jadi damn genius..macam classmate aku sorang tu..pergh..sekali cakap macam bullet train..tapi pandai gile..superb!kau dapat 80marks?orang sebelah 90..kau dapat 90 next test?tak heran..ade yang 100! tak ke haru..rase nak menitik je air mata tu..some people akan kata..jgn tgk orang and nilai diri berdasarkan apa yang kita mampu..yela..tapi memang kita jenis suka compete nak buat macam mana kan..and bila fikir fikir balik benda yang bagus la tu..

my second point :
live up to your own expectation

sebab?tak kan semata2 nak berkawan kita kne ikut je macam dia..okey..senang cerita..just be yourself..jangan sebab kawan guna GUCCI kita pun nak jugak..dia pakai ROXY kau pun nak tiru..haru la..mau kopak..jgn beli kawan..tu yang cik mas selalu pesan..friends come and go..and there will be someone yang akan seikhlasnya kawan without benda2 macam tu pun..dia popular?tak pe..kita popular cara kita..through exam results ke..pape je la yang tak rosakkan diri sendiri..
kay?

tu je kot for now..dah petang and i need to wash up and get ready for NADA CINTA!haha
(aku redah je cte mane2 pon..)

~ayie itu aku juga~

Thursday 20 October 2011

tak.pernah.menyesal. :) thank you Allah.

sungguh bila satu saat kita sedar yang ape dah jadi takkan boleh putar balik..and kenyataan nya sekarang nie bila aku toleh kebelakang nampak sangat hikmah yang Allah nak tunjuk kat alu..subhanallah..

tapi sakit dan perit tuh memang tak terkata la sebab sekarang ni bila aku blogwalking and saw those pictures yang my friends ambik time kat smakl (form 5) tuh terdetik kat hati,

"agak2 kalau aku tak keluar smakl mesti aku ade je dalam gambar nie..hmm"

tapi tu la..nak ditoleh kebelakang aku sungguh tak mampu..biarlah ape yang dh jadi tu..and i keep on moving forward..

dan yang aku paling ingat hobi aku kat smakl dulu..haha

panjat pokok is my hobby la bro..sungguh luar alam bila difikir balik..da la sekolah agama kann??
but heyy..aku panjat bila sukan and hari beruniform je kay..tak ramai yang tahu..and bila perangai macam tu jadi ramai je mata memandang..senget betul..haha..spesies luar alam macam aku nie patot jgn dihirau..

and reason aku ada hobi macam tu?sebab bila aku ada atas tu macam macam yang aku fikir..family mostly..hmm.yela tu..bila aku rasa sunyi and need sometime alone..

tree is my best buddy..:)

*laugh.cry.hug*

aku pernah janji dulu pada diri sendiri.and pada rclayeednabeehana.mesti nama tuh da tak wujud sekarang but i still remember those memory dgn diorang..and satu phrases yang aku paling takkan lupa is ,

"kita stay sampai form 5 kay?"

bila semua berlumba lumba nak keluar time form 4 dulu..and aku?bukannya atas kerelaan pun..STOP!

benda lama.biarla..:) aku masih boleh tersenyum?sebab Allah turunkan hujan untuk kita nikmati pelangi disebaliknya..memang seronok sangat.

time buka puasa sama sama.
time dengan dorm PROAKTIF.
time kawad.
time dengan kelas dulu dulu..
time sama sama harung angkat air waktu darurat.

aku kan penah buat gempar satu smakl dulu..:)
itu cerita lama..and aku rasa itu lah permulaan *turning point* dalam hidup aku..aku pernah terbaca dalam satu artikel dulu..tentang turning point ni la..

katanya,
Allah berikan kita satu musibah untuk uji kita and sebagai satu titik permulaan untuk kita kembali lagi padanya..
subhanallah,dulu aku penat menangis meraung masa mula mula sampai dekat maahad..yelah.dibanding dengan smakl.byk perbezaan nya..(maksud aku dari sudut facilities..and scenery).

and bila aku sedar and bangkit balik..setahun setengah kat maahad rasa singkat sangat.sebab bila kat tempat tu aku jumpa balik aku yang hilang..sounds mushy..tapi betul!sungguh tak tipu..i have friends~macam marhamah.fatin,aina and cik pipah..

and masing masing dah ikut jalan sendiri..aina dah dekat jordan buat dentistry.mar ambik bio ape tah kat UIA and fatin pun dalam science streme,same goes to cik pipah yang amek science kat upm tak silap..aku je yang tersasar ke math..okey la tu..:)

sesuai dengan otak aku..sebab bidang science nie aku tolak awal awal la..sungguh tak lalu nak dihadam..and bidang agama tu aku belum punya kekuatan..untuk aku sendiri , mengamalkan 'amar maaruf nahi munkar' tu pun dah dikira berat..tapi okey lah..

for a little snail macam aku sesuai la 'take one step at a moment'.

SMKA Maahad Hamidiah

dalam tiga tiga sekolah,aku paling treasure memory dekat maahad..seriously?sebab friends,yang mampu buat aku gelak ketawa sakan in my darkess moment.those who bears my dorkiness.haha.

credit to you guys..:)


ni lah cik pipah aku..eh?haha ..:)


ni la tempat kitorang sepanjang setahun form 5 ..:')
..::with cik marhamah::..


<3 maahad byk sangat pokok <3
my favourite~


nope!ni favourite aku :)


~ayie itu aku juga~

Wednesday 19 October 2011

long live the ol'school days!:)

bunyi je dah tau da memang post ni sah2 rewind zaman dolu dolu..haha

but seriously?i couldn't help but think of it..memang aku lemah la kan bila bab feeling feeling ni..tapi tu la..when you are sitting alone and need your own time..masa tu lah otak aku tertekan switch memory lane *blink2*

bukan sikit pengalaman aku..senang cerita zaman sekolah aku memang syok..sangat3 syok..

start dari aku form 1 time tercampak jauh ke dungun tu ha..mak aii..(terengganu tu~) da la budak kl..alahai~

SMKA Durian Guling

haha..jangan gelak..first time aku datang memang aku gelak habisan la..sebab terpampang sebijik *gedebuk* durian besar punya ! kat dpn pagar sekolah tuh..haha..siyes kelakar comel sangat..:D

dah carik dah kat google tapi tak jumpe la gambar dye..hehe..tah tah dah takde kott durian tuh..(thee~~)

sekolah tuh memang not bad lah..cangih with all the equipment memang lengkap habisan..asrama dia memang superb gila la..and aku ade kat sana pun 6 months je..tapi sebab aku takde sedara mara wehh aku menumpang la umah sesape kat situ..seluruh ceruk terengganu aku jelajah..haha

nak dijadikan cerita memang first time datang tuh aku mane la tau kne lengkap pakai tudung labuh bagai (aku dari kl la kan)

so time pendaftaran tuh memang semua pandang pelik je..yela mane ade nak dibuat nye orang buat suicide mission macam tuh redah pakai tudung tak cukup kuota..(at least tudung aku lagi labuh ea dari bedak2 sekolah menengah biasa tuh..haa~)

berbulan jugak la aku kena sindir dengan ustazah@guru disiplin time tuh..ngee~siap kena naik pentas pulak tuh..kat sekolah tu semua orang kena beratur pagi2 kat bawah and bawak tafsir sekali..habis je bacaan tuh aku memang dah rasa aura semacam je pun sebab ustazah tu betul2 belakang aku..aii..

dalam hati "nak cabut ke tak?bek aku blah.."
elok je aku nak agkat kaki time tu lah dye tarik aku..aku ape lagi..tarik muke seposen aa..gile ke kau nak jeling..mau kena selipar jepun..
boleh pulak dia cakap aku ni 'mencabar undang undang sekolah and undang undang Allah''
aii..aku berasap la kan..bukannye aku tak pakai tudung wehh..muka memang coolio habisan ,dalam hati rase nak ambik M-16 je..

haha..tu lah..kalau ikut kan..macam2 je perangai aku buat kat sane..lastik lembu pun pernah..haha..hobi dolu dolu..

so that year (2006) aku pun blah time 12 june..aku daftar masuk 

SMKA Kuala Lumpur :)

haa..aku post len kali pulak pasal jenayah aku kat smakl..heheh :)




~ayie itu aku juga~

..::cara tukar L.O.A.N ptptn ke B.I.A.S.I.S.W.A::..

aku curious.
jadi aku buat research memandangkan cuti  ni bukannye aku ade kerja pun jadi ape salahnya share benda baik kan?:)

so bila aku dapat diploma statistik nie mmg aku kena ambik loan la kan kalau tak takkan nak makan pasir minum air hujan.so aku pun ambik loan ptptn walaupun berat hati..and at first i thought kalau result 1 semester gempak boleh la nak tukar ke biasiswa kan.sebab awal awal lagi aku dah pening.belum start a life lagi tapi hutang dah menimbun ( loan aku : RM 15 000 untuk diploma ) .

so dipendekkan cerita buat sesiapa yang sekarang ni tgah buat diploma mmg korang kena bersabar la kan.apasal?sebab korang hanya boleh apply bila korang dah dapat first class honour nanti.in other words korang kena berhempas pulas dulu.habis diploma with first class honour baru korang boleh berangan gi website ptptn untuk tukar.

conclusion : ni untuk yang degree je yee..

lagi satu..kalau korang dok goyang kaki biasiswa tuh tak datang bergolek ye..ramai je yang dapat first class honour and bukan korang je..ape yang korang kena buat?

1 . surat rasmi

surat rasmi ni, korang tulis la tajuk dia :


permohonan penukaran pembiayaan PTPTN kepada biasiswa.  

isi perut surat tu, korang letak la nama penuh korang NO. KP korang. korang belajar ape dulu. dan grad tahun bila.. jangan lupa untuk tandatangan surat tu kay..


2 . akuan pelajar

no dua yang korang patut ada adalah akuan pelajar. borang akuan ni boleh korang
download kat website PTPTN.. pas tu korang print dan isi maklumat yang diperlukan... akuan ini menyatakan yang korang ni betul-betul ambik course korang dan tidak memalsukan mana-mana dokumen kalau tidak korang akan didakwa.. ~
3 . sesalinan sijil perakuan akredetasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia MQA..

yang no tiga ni, dokumen yang menyatakan course yang korang ambik tu diiktiraf oleh
MQA.. contohnya, 

 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) dapat pengiktirafan oleh MQA..

yang ni korang boleh search je kat website MQA ataupun korang
google je korang punya kos korang tu + ngan MQA.. mesti ada punya.. kalau tak ada tu, mesti tak diiktiraf la ~

4 . Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;

ok, untuk pelajar UiTM korang ambik yang ijazah korang yang korang dapat masa konvo tu. korang pegi potostat dan korang kena sahkan kat Bahagian Akademik kat bangunan Canselori yang depan pintu utama UiTM yang atas bukit tu.. Pejabat dia sekali dengan Pejabat ProCanselor bahagian akademik Bersebelahan dengan ProCanselor bahagian aktiviti dan pelajar, Tingkat Empat k...  Korang g sana cakap nak wat pengesahan tuk PTPTN.. konfem diaorang tahu punya..

5 .  Sesalinan traskrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;

korang ambik yang ada tulis Gred dan subjek-subjek yang korang dah belajar tu dan yang ada GPA dan CGPA korang tu.. Potostat dan bawak sekali masa korang nak mintak pengesahan yang No. 4 tu.

6 . LASTLY..korang kumpulkan kelima lima tu and send to ptptn punya alamat surat menyurat..pandai pandai la korang cari nanti ye..

walaupun bukan la beratus ribu pun loan nye tapi kalau ditukar kepada biasiswa kan mengurangkan beban korang jugak nmenye tu..

:)
~ayie itu aku juga~