Wednesday 14 March 2012

Tips Menghadapi Final Exam :)

hari nie berakhirnya study week selama seminggu untuk student UITM berperang before final exam bermula esok! disebabkan paper aku esok paper english jadi aku amek time rehatkan minda dengan berkongsi tips2 aku sendiri as a student :) kebiasaan universiti student akan balik kampung or ade je yang stay dekat kampus untuk revise saat saat akhir. bagi aku stay dekat kampus is the best choice la. sebab balik rumah memang banyak sangat dugaan nye kann. dugaan tv, dugaan makan , dugaan nak keluar lepak =.='

so tips pertama yang saya akan kongsi ialah :

Persediaan Fizikal

1) Tidur Awal


nak kata awal sangat tu tak punn. cuma kalau boleh malam sebelum exam tu pastikan korang rehatkan minda dari segala apa yang membebankan. hal keluarga, ekonomi diri ataupun hal pakwe makwe. jangan pulak malam tu nak berendam air mata dengan masalah remeh. sebaik baiknya biar berendam air mata atas sejadah :)


2) Jaga Pemakanan


time2 genting macam nie korang jangan gatal2 pergi makan benda2 merapu yang boleh buat korang masok hospital disebabkan sakit perut la or keracunan makanan ke and etc,etc.
makan la kismis and badam *kacang2* bukan kacang cap tangan ye ^.^ patutnya kita amalkan awal semester and jadikan amalan. tapi supliment or kismis2 nie bukan nya murah. manfaatkan korang punya study loan or biasiswa tu beli benda2 berkhasiat dari beli cekedis cekedis yang tak sehat tu. 


3) Soalan Final


kebiasaan nya soalan final memang femes antara students nak buat. bagi saya sendiri pun exercise yang terbaik datang dari past years. saya sendiri pun during study week akan buat soalan dekat blok blok akademik sebab senang nak pergi jumpa lecturer. memang lecturer korang akan bosan nampak muka korang tapi it's okey sebab study week la time korang nak bertungkus lumus :)


4) Hafal Formula


bagi yang rajin hafal formula awal2 semester memang saya salute anda. ^.^ sebab saya tak termasuk diantara golongan golongan itu. sebab? mathematics *calculus*  and statistics sangat la banyak formula and saya tak ambik risiko hafal awal2 :) 


Persediaan Rohani / Mental


5) Dekatkan Diri dengan Allah


patutnya kita istiqamah kalau bab2 macam nie. kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha sehabis mungkin dan kemudian kita serah semuanya pada Allah . Allah maha Adil dan kita harus, perlu, wajib redha dengan apa jua keputusan yang kita dapat. 


6) Relakskan Diri


Manusia bukan robot untuk belajar tanpa henti.  Bila sejam dah study (selalunya suka hati), saya akan bukak internet.  Baca news, blogwalking sambil mengomen atau update blog sendiri.  Bila meluahkan ekspresi diri sendiri tentang sesuatu dalam blog dan share dengan orang lain dapatlah kurangkan sikit stres dalam kepala ni.  Sharing is Caring beb! 



ni sahaja tips yang saya dapat kongsikan. lain orang lain caranya. yang penting kita tak perlu guna cara yang tak patut untuk cemerlang dalam exam. contohnya menipu. tak guna jika kita dapat kejayaan yang tak berkat. buat adik adik semester satu yang baru pertama kali exam di universiti mesti korang rasa berdebar and stress sebab belajar dalam masa yang singkat. well dikk, this is university life :) 


salam final exam from me,


ciksitiaiesya :)


~ayie itu aku juga~

2 comments: