Wednesday 19 October 2011

..::cara tukar L.O.A.N ptptn ke B.I.A.S.I.S.W.A::..

aku curious.
jadi aku buat research memandangkan cuti  ni bukannye aku ade kerja pun jadi ape salahnya share benda baik kan?:)

so bila aku dapat diploma statistik nie mmg aku kena ambik loan la kan kalau tak takkan nak makan pasir minum air hujan.so aku pun ambik loan ptptn walaupun berat hati..and at first i thought kalau result 1 semester gempak boleh la nak tukar ke biasiswa kan.sebab awal awal lagi aku dah pening.belum start a life lagi tapi hutang dah menimbun ( loan aku : RM 15 000 untuk diploma ) .

so dipendekkan cerita buat sesiapa yang sekarang ni tgah buat diploma mmg korang kena bersabar la kan.apasal?sebab korang hanya boleh apply bila korang dah dapat first class honour nanti.in other words korang kena berhempas pulas dulu.habis diploma with first class honour baru korang boleh berangan gi website ptptn untuk tukar.

conclusion : ni untuk yang degree je yee..

lagi satu..kalau korang dok goyang kaki biasiswa tuh tak datang bergolek ye..ramai je yang dapat first class honour and bukan korang je..ape yang korang kena buat?

1 . surat rasmi

surat rasmi ni, korang tulis la tajuk dia :


permohonan penukaran pembiayaan PTPTN kepada biasiswa.  

isi perut surat tu, korang letak la nama penuh korang NO. KP korang. korang belajar ape dulu. dan grad tahun bila.. jangan lupa untuk tandatangan surat tu kay..


2 . akuan pelajar

no dua yang korang patut ada adalah akuan pelajar. borang akuan ni boleh korang
download kat website PTPTN.. pas tu korang print dan isi maklumat yang diperlukan... akuan ini menyatakan yang korang ni betul-betul ambik course korang dan tidak memalsukan mana-mana dokumen kalau tidak korang akan didakwa.. ~
3 . sesalinan sijil perakuan akredetasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia MQA..

yang no tiga ni, dokumen yang menyatakan course yang korang ambik tu diiktiraf oleh
MQA.. contohnya, 

 Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) dapat pengiktirafan oleh MQA..

yang ni korang boleh search je kat website MQA ataupun korang
google je korang punya kos korang tu + ngan MQA.. mesti ada punya.. kalau tak ada tu, mesti tak diiktiraf la ~

4 . Sesalinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;

ok, untuk pelajar UiTM korang ambik yang ijazah korang yang korang dapat masa konvo tu. korang pegi potostat dan korang kena sahkan kat Bahagian Akademik kat bangunan Canselori yang depan pintu utama UiTM yang atas bukit tu.. Pejabat dia sekali dengan Pejabat ProCanselor bahagian akademik Bersebelahan dengan ProCanselor bahagian aktiviti dan pelajar, Tingkat Empat k...  Korang g sana cakap nak wat pengesahan tuk PTPTN.. konfem diaorang tahu punya..

5 .  Sesalinan traskrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPTA/IPTS berkaitan;

korang ambik yang ada tulis Gred dan subjek-subjek yang korang dah belajar tu dan yang ada GPA dan CGPA korang tu.. Potostat dan bawak sekali masa korang nak mintak pengesahan yang No. 4 tu.

6 . LASTLY..korang kumpulkan kelima lima tu and send to ptptn punya alamat surat menyurat..pandai pandai la korang cari nanti ye..

walaupun bukan la beratus ribu pun loan nye tapi kalau ditukar kepada biasiswa kan mengurangkan beban korang jugak nmenye tu..

:)
~ayie itu aku juga~

No comments:

Post a Comment